Powered By Blogger

Thursday, March 17, 2011

18 Mac 2011

Assalamualaikum,n selamat sejahtera pertama kalinya.Hari ini mungkin adalah hari yang istimewa buat teman yang bernama....=).Aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan rentak bicara sebenarnya.Bermula pada jam 8.30 pagi,ketika itu aku sedang menggodam laptop ku kerana aku terlupa dimana aku meletakkan 'charger'.
Tiba-tiba aku menerima satu mesej yang tertulis

'Erin Ahda ajak y dating jap at tasek kol 8.30 ..so,dlm k0l 900 cm2 grak tasek p8..'
(dating diatas bermaksud jumpa)+.+

aku yang ketika itu sedang bengang dengan laptop ,ditambah dengan muka serebeh serba-serbi kerana belum mandi terus membalas
'haa awalnye..'
Setelah bertolak,beransur,berdarab dan berbahagi.Aku menetapkan untuk pergi pada jam 11.00.
Perjalanan dari rumah aku ke tasik p.8 yang mengambil masa kira-kira 15 minit terasa menjengkelkan ditambah dengan kasut tumit tinggi kepunyaan kakak aku yang digunakan buat julung-julung kalinya oleh aku.Hati ini bertambah rawan(wah) kerana melihat Umaira yang hanya berseluar track dan berbaju T.Sedangkan aku?'terover dressing'.=,='

Aku sampai kira-kira jam 11.20 pagi.Hidayah atau lebih dikenali sebagai Yart terus 'menghiburkan' telinga aku dengan Umai dengan mengatakan dia sudah datang lebih awal 3 jam daripada kami.Ulang balik 3 jam.=D.Dia menunggu dengan penuh kesabaran bersama Syahira Zahir.
(korang boleh jadi penunggu after this).*.*
Setelah duduk disitu lebih kurang setengah jam,masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.Kedatangan Ahda dengan Y membuat aku terkejut.Aku mula membuat mimik muka masam semasam cuka+julap.
Pertengkaran mulut pun berlaku antara aku dan Ahda.
Ahda cuba berkali-kali menelefon Yart kerana,dia mengatakan yart yang merancang pertemuan tersebut.
(yart pada ketika itu sedang menyorok bersama Syahira Zahir..kurang asam)
Aku bertambah marah kerana dia tidak sedikit pun memberitahuku bahawa Y akan ada sekali.
Sehinggalah dia mendiamkan diri dan meluahkan perasaan kepada Umai.
Muka merah,mata merah..walaupun dia membelakangiku aku tahu dia mahu menangis
Kesedihan sudah menyelubungi dirinya,dan pada ketika itu juga Yart dan Syahirah Zahir datang sambil membawa kek dan mengatakan.

'HAPPY BIRTHDAY AHDA'

Terus riak muka Ahda berubah ..hahaha..Dia menarik muka masam kerana kami mempermainkan dia.Ahda mengatakan bahawa dia mati-matian percaya aku dan Y bergaduh.Sebenarnye seminggu sebelum perkara ini berlaku aku .Y dan yart merancang untuk mengenakan Ahda sempena hari lahirnya yang yang jatuh pada 18.Mac.2011 bersamaan hari Jumaat.Pada mulanya kami merancang untuk memulau Ahda ,tapi memandangkan ini adalah perancangan last minute ditambah pula seminggu kami bercuti memang tidak lah kan kitorg sume nak pulau mesti Ahda tak terasa .Jadi pada hari Jumaat lepas aku dan Y telah membuat lakonan untuk bergaduh dan kami akan menyalahkan Ahda atas sebab-sebab tertentu.Memandangkan esok Ahda mungkin tiada,kami telah menganjakkan waktu untuk menyambutnya adalah hari ini-Khamis,17/3/2011.=D.Berbalik kepada Ahda.Kesian dia,dia sangkakan aku dan Y betul-betul bergaduh sampai sanggup menghabiskan kredit memujuk Y untuk berbaik dengan aku kembali.hahaha.
 tq Secret Recipe.=)

 Ini lah bufday girlnye,comel bukan?



syera=photogrpher,yart=director.=D

Setelah itu kami makan di Domino's.Kira-kira 45 minit disana,kami beransur pulang.Dalam perjalanan balik Ahda tidak habis-habis menceritakan betapa dia begitu percayakan lakonan kami.Satu lagi rancangan kami ialah tepung!Dalam sibuk kami berborak,Aku dan Yart mengenggam tepung dan memanggil 'Ahda!'..zuss..bertabur tepung dimuka dan tudungnya ketika dia berpaling kepada kami.!hahahah..Bayangkan dalam terowong gelap kami lakukan semua tu,berkejaran kami semua dek takut merana kena basuh tepung.!

Jam 2 petang kami semua beransur pulang..itupun apabila melihat pakcik India yang tukang sapu datang kerana kami takut akan dimarahinya!=D



p/s=to Ahda sabila binti Eddy Yusuf.Happy birthday!mAY aLLAH bless U,nanti pg Mekah doakan Erin ye?dikurniakan sifat yang baik n boleh dapat pingat Pelakon Terbaik!hahaha.Erin menyayangi Ahda seperti mana Kulit sayangkan Kacang..eh btul ke?hahaha..yang penting doakan persahabatan kita semua berkekalan!=D


Sekian madah berhelah saya!hahaha..

No comments:

Post a Comment